Jenis Materialisme ekonomi

Materialisme ekonomi biasanya dilihat dalam dua perkara, yakni materialisme ekonomi sebagai himpunan personaliti diri serta sebagai nilai atau pegangan.

Russell W. Belk menetapkan tiga personaliti diri yang tergolong dalam materialisme ekonomi, iaitu:[1]

  • ketidakmahuan seseorang untuk memberi atau berkongsi harta kepada orang lain;
  • kemahuan seseorang terhadap harta orang lain;
  • ketakutan terhadap kehilangan harta dan usaha untuk mendapatkan kawalan yang lebih kukuh terhadap harta yang dimiliki.

Dari segi pegangan, materialisme ekonomi merujuk kepada pegangan bahawa matlamat hidup yang utama ialah memiliki sebanyak mana harta dan barangan. Dalam hal ini, harta dianggap sebagai kunci kepada kebahagiaan dan kejayaan boleh diukur melalui jumlah harta yang dimiliki dan kualiti serta harga barangan yang boleh dibeli seseorang.[2]